Monday, August 23, 2010

SENYUMLAH WALAU PAHIT




Manusia seringkali merasakan hidup ini tidak berlaku adil.Bila sahaja ada masalah atau kesusahan yang timbul akan telrintaslah di fikiran hidup ini begitu payah.sedikit benar mereka yang mahu mencari hikmah disebalik kesushan yang dialami itu.

Saya sendiri sering kali merasakan hal yang sedemikian.Bila sahaja merasa susah untuk melakukan tugasan mulalah saya mengeluh bigitu bnyak beban dalam hidup,bila sahaja ada rasa tidak puas hati pada seseorang mulalah merasakan tiada orang memahami,bila ada sahaja masalah kewangan mulalah akan bersungut duit yang diberi ibubapa sedkit,tetapi jarang benar saya berfikir tentang disebaliknya.
Kadang-kadang kita perlu juga duduk berfikir mengapa hidup ini begitu sukar.saya selalu akan teringat dengan satu ayat yang saya sudah lupa saya peroleh dari mana,tapi maknanya begitu beerti pada saya.Jangan melihat susanhya kehidupan itu,tetapi lihatlah pada keindahannya yang sarat dengan cabaran dan dugaan.Ya,cuba sahaja kita bayangkan jika hidup kita tidak pernah ada masalah,tentu bosan kan,diri juga tidak akan matang.


Bila kita rasa terbeban dengan xciment yg banyak
-ingatlah bahawa kita diberi keistimewaan oleh Allah untuk terus mengutip ilmu Allah yang sangat bnyak.Ramai lagi insan lain yang tidak mendapat peluang seperti yang kita perolehi.

Bila kita dikutuk oleh orang lain
-ingatlah bahawa kita masih lagi dikelilingi oleh orang yang mengambil berat tentang kita.Masih ada lagi orang yang merasakan kewujudan kita dan kita masih lagi menjadi sebahagian dari masyarakat

Bila kita gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
-ingatlah bahawa kita masih lagi diberi ruang dan masa oleh Allah untuk muhasabah diri dan terus-terusan berusaha

Bila kita merasa dipergunakan
-ingatlah bahawa kita masih lagi mempunyai rakan dan masih lagi diberi kesempatan untuk memberi budi kepada orang lain

Bila cinta kita ditolak oleh seseorang
-ingatlah bahawa kita amsih lagi diberi masa oleh Allah untuk terus tidak lalai dengan cinta dunia yang melekakan dan terus diberi masa untuk mencari jodoh yang betul2 baik

Bila hati dikecewakan insan yang disanyangi
-ingatlah bahawa kita masih lagi diberi ruang untuk memperbetulkan kesilapan diri dan masih ada yg sudi menyayangi

1 comment:

  1. hohoho..akhirnya terbit jgk blog mu ni.. heh!
    ni yg buat i pun nk bukak my blog balik..harap2 xde yg gatal2 ceroboh lagi. tp ejaan banyak salah la...by da way..tahniah ye sis.best tulisan mu:)

    ReplyDelete