Friday, January 21, 2011



Menurut Smartz, ada tiga cara untuk menangani Stress.

1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.

Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.

Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang”. Fikir-fikirlah.
(Smartz di artikelnya Tangani Stress Anda)

Pilihlah mana satu cara yang berkenan di hati atau buat ketiga-tiga sekaligus. Sekarang sudah masuk minggu ke 7 kuliah bagi rata-rata institusi pengajian tinggi. Mungkin kamu semua perlukan tips ini. :)

Good luck and all the best~!

Wednesday, January 19, 2011

Fynn Jamal - Biar....touching lagu tuk ayahanda



biar"
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

Monday, August 30, 2010

NASIB SANG PENGEMIS



Semalam aku dan kawan aku yang asal sama negeri erkocoh-kocoh pergi ke kl mahu membeli tiket raya.Tu la akibatnya kalau tak beli tiket awal.Tapi bukan itu cerita yang nak sku ceritakan tp kisah pasal pengemis..
Selepas beli tiket tu aku pun ajak la kawan aku singgah Sogo sekejap nak cari kasutt raya..Yelah ade mega sale tau skrng..Ramainya org ya Allah..walaupun masa tu pagi lagi..Sepanjang perjalanan ke situ,di kiri dan kanan susur dr stesen LRT ke Sogo tu ramai betul pengemis.Mcam2 gaya ada..ade yg duk menyanyi lagu raya la,ade yg bunyinya mcm mengaji tp bile dngr betul2 septah pun tak tahu,ade yg duduk bersimpuh sambil mengesat air mata..Itu sebahagian kecil kisah pengemis di Malaysia..Lain pula kisah pengemis di China yang hidupnya iba-tiba berubah akibat kuasa internet..Gmbarnya tersebar ...Dan sekrag dari pengemis dia jadi ikon fesyen tau....

Ini lah yang dikatakan..jangan pandang sebelah mata ye.jangan cuba merendah-rendahkan orang lain..disebabkan kita rasa diri kita hebat sangat..padahal orang yang tak hebat mana pun boleh jadi lebih hebat dariorang yang memandang hina pada nya..Ini lah sedikit rentetan kehidupan seorang pengemis dari China. Cheng Guorong yang sebleum ini mencari makanan dengan menyelongkar tong-tong sampah..Namun nasib nya berubah setelah seorang jurufoto amatur mengambil gambarnya.

Monday, August 23, 2010

SENYUMLAH WALAU PAHIT




Manusia seringkali merasakan hidup ini tidak berlaku adil.Bila sahaja ada masalah atau kesusahan yang timbul akan telrintaslah di fikiran hidup ini begitu payah.sedikit benar mereka yang mahu mencari hikmah disebalik kesushan yang dialami itu.

Saya sendiri sering kali merasakan hal yang sedemikian.Bila sahaja merasa susah untuk melakukan tugasan mulalah saya mengeluh bigitu bnyak beban dalam hidup,bila sahaja ada rasa tidak puas hati pada seseorang mulalah merasakan tiada orang memahami,bila ada sahaja masalah kewangan mulalah akan bersungut duit yang diberi ibubapa sedkit,tetapi jarang benar saya berfikir tentang disebaliknya.
Kadang-kadang kita perlu juga duduk berfikir mengapa hidup ini begitu sukar.saya selalu akan teringat dengan satu ayat yang saya sudah lupa saya peroleh dari mana,tapi maknanya begitu beerti pada saya.Jangan melihat susanhya kehidupan itu,tetapi lihatlah pada keindahannya yang sarat dengan cabaran dan dugaan.Ya,cuba sahaja kita bayangkan jika hidup kita tidak pernah ada masalah,tentu bosan kan,diri juga tidak akan matang.


Bila kita rasa terbeban dengan xciment yg banyak
-ingatlah bahawa kita diberi keistimewaan oleh Allah untuk terus mengutip ilmu Allah yang sangat bnyak.Ramai lagi insan lain yang tidak mendapat peluang seperti yang kita perolehi.

Bila kita dikutuk oleh orang lain
-ingatlah bahawa kita masih lagi dikelilingi oleh orang yang mengambil berat tentang kita.Masih ada lagi orang yang merasakan kewujudan kita dan kita masih lagi menjadi sebahagian dari masyarakat

Bila kita gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
-ingatlah bahawa kita masih lagi diberi ruang dan masa oleh Allah untuk muhasabah diri dan terus-terusan berusaha

Bila kita merasa dipergunakan
-ingatlah bahawa kita masih lagi mempunyai rakan dan masih lagi diberi kesempatan untuk memberi budi kepada orang lain

Bila cinta kita ditolak oleh seseorang
-ingatlah bahawa kita amsih lagi diberi masa oleh Allah untuk terus tidak lalai dengan cinta dunia yang melekakan dan terus diberi masa untuk mencari jodoh yang betul2 baik

Bila hati dikecewakan insan yang disanyangi
-ingatlah bahawa kita masih lagi diberi ruang untuk memperbetulkan kesilapan diri dan masih ada yg sudi menyayangi

FASILITATOR MUDA





Baru-baru ni penulis dan rakan-rakan telah mendaftar untuk program fasilitator muda..ramai jugak yg sertai.Ahad lepas siri yg pertama ialah aktiviti khidmat masyarakat.Ermm saya dapat kumpulan membersihkan masjid ..seronok jugak..(walaupun penat berpuasa)...Seronok sebab ini ialah kali pertama saya ke masjid Jamik Tg Malim setelah hampir 2 tahun setengah disini..Kalau bukan sebab aktiviti ni mmg tak jejak kaki la ke sini..Bak kata kaunselor UPSI,kita ni asyik dok nk bg khidmat kat yg jauh-jauh ke tp tempat sendiri jejak kaki pun tak pernah (betul la tu 100%)
Yelah kan time muda-muda ,time tengah kuat ni la nak kumpul pengalaman kan.Time takde tanggungjawab sanga t lg..Kalau duit dijadikan alasan tak boleh nk sertai program macam ni mmg bernasib malang lah..Yelah kalau duit nk mkn,nk beli baju,nk topup ringan je tangan ni call mak suruh masuk duit takkan la nak kutip ilmu sedkit pun nak berkira.Bukan yuran nya mahal pun..




Dan kalau masalah masa dan xciment yg bertimbun jadi halangan nak sertai lagi la ak boleh diterima..Sebabnya kalau tak sertai program ni cuba renung-renungkan apa yg kita buat?Tgk cerita Korea?YM?Facebook?Kartun,Dating?tidur atau apa?Heh jangan nk tipu ye....Mesti tak buat jugak kerja yg timbun-timbun tu kan.


MERCUN..MERCUN...MERCUN
Biasa lah kan kalau tiba musim raya surat khabar selalunya akan paparkn kisah yg sama .kisah parajurit-parajurit negara yg berugas di sempadan pada hari raya demi keamanan negara,kisah kemalangan jalan raya (kadang-kadang seram jugak ade kalangan famili yg terkena),kisah bazar ramadhan,gastrik,bubur lambuk dan tidak lupa kisah mercun memakan diri
Herm....dan yg terbaru kisah menyayat hati adik yg baru berusia 6 tahun menemui ajal dengan tragis gara-gara mercun.Menurut laporan akhbar,mayat adik tersebut melambung hingga keatas pokok dengan kepala pecah dan otak terburai..Nauzubillah..
Nk salahkan siapa?tp yg penting sudah ada nyawa yg terkorban.itu belum masuk bab2 putus jari,tangan,kepala,leher dan macam-macam putus lg lah.Mcm tak serik-serik lagi.dan saya yakin dan pasti kes mercun ni akan ada lg continue nya...


Biaselah..those who don’t know history,are doomed to repeat it..Betul jugak kata seorang tokoh dari barat Sigmund Freud yg manusia ni bernaluri kebinatangan.Fikir mahu seronok saja.Para penjual mercun pulak hanya fikirkan keuntungan sahaja tanpa berfikir bahawa rezeki yg dia peroleh utk mengisi kantung perut die tu memudaratkan org lain..Fikir nk untung saja..hai dunia-dunia.....

Wednesday, August 18, 2010

KOMUNIKASI SALAH SERLAH MARUAH YG PARAH


Bukan nak kate kat org la,aku sendiri pun pernah jugak buat mcm ni.Kaedah nk dpt kn perhaitian dengan menghantar SMS berbunyi seperti  “Tak sangka,sampai hai” selalu dilakuakan oleh orang2 yg mahukan perhaitian(actually ermasuk la yg menulis ni)Dan bayangkan pula ianya dihantar berulang kali dlm sehari..hermm rase2  apakah perasaan penerima tuk yerk..(kalau iku diri sendri mmg rasa puas)

                Entry sebelum ni aku ade sebut pasal kisah cinta tak kesampaian aku kan.Sebenarnya baru-baru ni aku ade terbaca sebuah majalah yang aku dh lupa ape namanya..mmg betul2  sentap dengan penulisan dlm tu.Yelah sebab aku mmg selalu buat mcm tu dekat xehem2 dulu..(Sekarang tengah muhasabah diri supaya lepas ni tak keluar lg ayat super power yg blh buat org mkn dlm)
                Sebenarnya kalau nk perhatian pun berpada-pada lah(menurut ape yg aku baca tu la).Batasilah dlm melahirkan perasaan serta fikirkan juga perasaan org yg menerima kerana ia sedkit sebanyak berbentuk tuduhan (huhuu...yg ni mmg selalu buat sampai my xbf naik bengang ak layan msg i)

                Hah??mesti korang tertanya kan apsal la jiwang sangat aku ni cerita pasal cinta lak..Bukan aku gatal sangat nk kawen lah..ade benda yg buat aku terfikir.Mengikut perkiraan aku masuk yg terbaru ni dh 3 kali aku putus cinta pasal aku ni tertalalu inginkn perhatian dan kadang-kadang ayat aku mmg buat org mkn dalam.(time2 gaduh pasal xbf tak msg...nk perhatian la konon )So..mmg wajib aku menginsafkan diri aku dan jaga pertuturan aku tak kira la dlm SMS atau bercakap live.
                Mmg mcm tu la kan bile kita dh syg..selalu nk perhatian dan dimanja2,diambil kisah sampai kita yakin kita adalah plihan dan keutamaannya sepanjang masa...(sebab tu aku pantang kalau SMs aku dia tak reply,bimbang die curang).SO......lepas di uk mengelakkan aku ditinggal lagi kenalah berpada –pada nk perhatian..lebih empati gitu...Aku kan bakal kaunselor yg memahami...(ni salah satu sebab yg wat aku tak yakin nk jd kaunselor hebat)

Ni ade tips mengelakkan orang pandang kite sebagai terhegeh2 dan gersang sangat nk perhatian.
1)jangan tanya soalan sama sebab kalau ulang jugak akan menimbulkan rasa geram.Cukup la sekali je tnya.Mcm kite ak percaya je pd org tu.Kalau kita tanya adakah awk syg sy?kalau jawapannya YA,so pegang la jawapan tu.(lg2 tuk yg dh kawen pasal org dh kawen ni rasa syg tak ditunjuk dengan kata-kata tp perbuatan)

2)cukup hanya 3 kali
Tp kalau kie dpt jawapan yg negatif contohnya mcm “tidak,saya dh tak ayang awk”kie blh ulang tnya p pastikan hanya 3 kali.Kalau lepas tu senyap tidak berbalas,Anggaplah dia sudah pergi (heheh bukan senang nk buat ni tau).Tunggulah die dtg pada kita semula sebab die akan kembali kalai die ingin kembali dan akan terus pergi kalau die nk pergi.
So batisilah diri kita daripada komnikasi yg salah kerana ia mempamerkan mruah diri yag parah..

Tuesday, August 10, 2010

perjuangan menguruskan badan

hari ni hari pertama puase..ptg smlm balik kelas fuh terus ikut kwn pergi jogging..kire berpeluh la jugak..tp tak tahu la selama mana azam nk kuruskn badan ni berjaya..rasenye dulu lg dh berazm nk kurus tp tak kurus lg...hehheeheh....nasi mmg dh lama tak mkn..tp smlm jugak lah sebelum jogging habis aku pulu nasi lemak kukus yg tersedap di TG Malim aku mkn...takpe2..hari terakhir pose kan...

Monday, August 9, 2010

SETINTA KASIH MENGGILAP MUTIARA




pagi itu lebih kurang pukul 8 setelah bersiap-siap dengan persalinan kurung dengan kerudung hitam aku bersamA rakan-rakan pergi ke sekolah untuk beberapa urusan.Disana kami telah berjumpa dengan pengetua sekolah puan noraini binti A Bakar kemudian seerusnya berjumpa dengan penolong kanan,guru kauseling,serta warden asrama ..anara yang di bincangkan ialah apa yang boleh dan tidak boleh kami lakukan,
kebetulan pada masa kami berbincang di bilik gerakan wrga guru di smk buki merchu ada mengadakan jamuan,kami semua turut dijemput sama..alhamduliilah perut yang lpaar dapt disisi makanan

BERMULA SATU PERJALANAN

hari yang diunggu tlh kujung tiba..perjalanan dari tg malim ke kuala kangsar pada khmis 5hb 8 2010 10 malam mengujakan aku..kami seramai 8 orang beramai-ramai menaiki train ke kuala kangsar..dingin pagi terasa mengcengkam hingga ke tulang hitam kami...lebih kurang pkul 3 pagi barulah kami selamat sampai ke perkarangan smk bukit merchu kuala kangsar...badan yang penat perlu direhatkan kerana esok tenaga yang ada perlu dikerah lagi menyemai bakti kepada anak bangsa..SETINTA KASIH MENGGILAP MUTIARA

CERITA TENTANG MASA LALU

Hehehehe....Amboi panjang nya gelak aku hari ni..mcm happy je..Takde lah sebenarnya baru sahaja menghabiskan senaskhah novel cinta remaja karya Nor Suraya yang bertajuk Jaja Dan Din (curi-curi ambil novel akak masa balik kg dulu~~jgn bgtau dia tau).Boleh tahan jugak novel ni.Pelik dan menarik,,ideanya segar dan banyak unsur jenaka (gelak sorang-sorang masa baca novel smpai roomate naik seram).

Masa dulu-dulu..lebih kurang masa sekolah menengah memang aku bercita-cita nak jadi penulis novel.Inspirasi pada masa tu ialah JK Rowling sebab masa tu suke sangat baca novel Harry Potter yang dipinjam dari library .(takde duit nak beli pasal mahal sangat).Seronok dan teruja tengok dia boleh untung juta-juta dengan hasil idea kreatif dia.hehehe..aku bab2 duit mmg suka snagt.mata duitan la katakan.Kalau yang tempatan punya novelis aku suke Ramli Awang Murshid dan ada la lagi tapi tak ingat nama..(boleh dikatakan peminat ke kalau tak ingat nama?)

So dulu-dulu tu time takde keje memang menulis la kerja aku.Tapi malangnya cerita-cerita yang aku karang semua mengarut je (tp tetap menghiburkan pasal akak aku siap suh hantar kat laman web penulisan2u lagi dan kwn-kwn kat sek dulu asyik paksa aku wat cite ngarut tuk diorang baca).Aku suke wat cerita binatang-binatang yang aku manusiakan mereka(paham tak maksudnye?tak paham pk sendiri la)
Soooo....aku harap-harap dan memang dlm perancangan nak menulis novel pengembaraan kanak-kanak..tapi boleh tercapai ke pasal dari sem lepas lagi 3 muka surat je dapat buat..dah terbengkalai..~~~

tak sabarnye


Jam di hp dh menunjukkan pukul 12.09pagi..Baru sahaja balik daripada meeting untuk program yang bakal aku dan rakan-rakan jalankan pada 6-8 hb 8 ini di kuala kangsar..Rasa ak sabar la pulak nak berjumpa adik-adik di sana..Biasalah sebelum program berjalan memang agak penat jugak..bnyak yang perlu di lakukan dan dibereskan segera..Mcm-mcm masalah timbul..tapi itu lah yang seronok sngt tu
                Sambil-sambil dengar lagu  kegemaran aku  “i am me once more” (dh banyak kali ulang lagu sama sampai roomate pun mengeluh pasal lagu ni ingatkan aku pd seseorang) dan menghirup semug air milo panas ku memikir-mikir sesuatu..Tak sabar nak bertemu esok kalau dipanjangkan umur.kalau tak panjang ,kempunan la aku nk pergi kuala kangsar bersama rakan-rakan

                Memang seronok bila dapat lakukan pprogram seumpama ini.Memang melatih aku menjadi seorang yang berani (dan jugak rajin pasal aku memang pemalas jugak ~_~ ).Masuk tahun ketiga di Upsi dan sedang dilatih dalam bidang Bimbingan dan kaunseling lama kelamaan rasa seronok sangat dan bersyukur sebab aku insan terpilih walaupun memang aku perfectly imperfect..

Monday, August 2, 2010

Bonda@mak@ummi@ibu@mama

hermm baru je balik dr kg..cuti hujung minggu lalu aku ambil peluang balik kg.biasa la kan..Balik kg dulu mak aku tanya aku sesuatu..heh  mcm suspen..takde la..masa tgh duk lepak2 tunggu masuk isyak mlm tu aku duk lepak bilik mak n ayah aku...(kacau daun kan?)...mcm2 la kami berborak,,sekali tu mak aku tnya kalau aku dpt kerja cikgu nnt ape kerja aku..mengajar gak ke?yelah aku kan amik pendidikan kaunseling.cmni la lebih kurang ayatnya

"nnt dh keje awok pun masuk kelas ke "
"tak lah..tak masuk kelas,duk je dlm bilik kaunseling tu"

 mak aku pun gelak kat aku..pasal ape ntah..mak aku cakap patutnya aku la kena cari budak-budak bermasalah.pasal kalau aku tunggu tak wat apa2 cmne la budak tu nk kenal..dia cakap lg,budak-budak yang bermasalah ni mana la nak pergi kaunseling sendiri kan..aku la yang kena dekati mereka

heheh bukan main lagi mak aku ni ye..aku ingat dia tak terfikir mcm tu..pandai die nasihat aku..bernas dan tepat lak tu..ok3 mak..anak mu yang tersayang ni akan jadi cikgu kaunseling yang paling rajin,paling cemerlang dan sewaktu dengannya.

Tuesday, July 20, 2010

kebetulan atau suratan suatu penantian

hermmmm...setelah sekian lama membiarkan blog ini sepi tanpa kunjungan tuam miliknya..hari ini dengan perasaan berkobar-kobar rasanya hobi menulis ni perlu diteruskan..takde ape yg nak dicakap kan tp ade perkara yang perlu diuliskan..heheheheh.....
langkah untuk menjadi kaunselor hebat????ya mungkin kebetulan atau suratan suatu penantian..aku snediri tidak tahu..sampai sekrang aku tertanya-tanya layakkah aku menjadi seorang kaunselor...soalan itu sentiasa berlegar-legar di otak ku..iyee sememangnya takdir telah ditentukan tapi aku masih tertanya ape kelebihana da pada ku..benar...sudah bnyak program ku jalani...hatta aku sendiri pernah melakukan program meningkatkan motivasi pelajar..tapi aku sendir?hermmm entah la..mugkin kedengaran aku seperti menyesal tapi ia hanya sekadar luahan rasa dari manusia kerdil yg bercita-cita besar...ya...aku perlu snetiasa berusaha meningkakan tahap keyakinan ku...will be coninued..ilham dari mimpi

Friday, May 1, 2009

aku budak kampung

Fuh,jadik jugak blog ni..susah bebenor koi nak buat mende ni huhhu...ermm tak pelah ..heheheh..sekarng ngah duk lepak kat bilik kawan aku..malas baca buku huhu padahal exam ade satu paper lg ni...ermmm....